Permatang Pauh : Gadis Cantik Di Cederakan Penunggang Motosikal



Wahai para wanita, bila anda memandu bersendirian, tolong berhati-hati! Tak kira apa yang berlaku, jangan sesekali berhenti dan keluar dari kenderaan anda. Sekiranya anda mengalami kecederaan dari apa jua kejadian, sila terus pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera berbanding klinik. 

Insiden ini berlaku pada saya pagi tadi (12 Mei 2016) sekitar jam 7.15 - 7.45 pagi. Saya diserang oleh seorang penunggang motosikal berbangsa Melayu ketika dalam perjalanan untuk menghadiri upacara pengebumian mendiang bapa saudara saya

Saya memandu dari lebuh raya Seberang Jaya ke Permatang Pauh dari arah Mak Mandin. Ketika saya sedang memandu, seorang penunggang motosikal menghampiri kereta di bahagian sebelah penumpang dan tangannya menunjuk ke arah tayar. 

Pada ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus menyalakan lampu kecemasan serta berhenti di tepi jalan untuk memeriksa keadaan tayar. 

Penunggang motosikal itu kemudian berpatah balik ke arah saya apabila dia mendapati saya berhenti di bahu jalan dan berpura-pura mahu membantu saya. Dia mendakwa ada paku yang tercucuk di tayar belakang dan menarik tangan saya untuk menyentuh objek tajam yang dimaksudkannya. 

Dia juga menasihatkan saya bahawa adalah berbahaya untuk memandu kereta dalam keadaan tayar yang tidak selamat dan meminta saya memandu dengan berhati-hati serta menghantar kereta saya ke bengkel untuk membuat pemeriksaan. 

Bagaimanapun, saya mendapati tiada sebarang masalah pada tayar. Lalu saya mengucapkan terima kasih kepadanya dan menjelaskan saya perlu segera pergi ke upacara pengebumian bapa saudara. 

Sekali lagi dia menasihatkan saya untuk masuk semula dalam kereta melalui pintu tempat duduk penumpang di bahagian depan untuk keselamatan diri. Saya mengikut nasihatnya dan tiba-tiba dia bertanya sesuatu yang tidak masuk akal. 

"Boleh saya sentuh awak?" 

Belum sempat saya menjawab dan bertindak, tangannya sudah menyentuh paha saya. Saya segera menolaknya dan dia sempat menumbuk muka saya. Saya cepat-cepat menutup pintu kereta dan beralih ke tempat duduk pemandu dan mengunci kesemua pintu serta menghidupkan enjin kereta.

Saya bertambah takut apabila lelaki terbabit menunjukkan isyarat mahu menembak saya sebelum dia beredar. Dengan mata yang cedera, saya menghubungi ibu bapa saya memaklumkan tentang apa yang berlaku sambil memandu ke tapak pengebumian untuk meminta bantuan. 

Wajah saya cedera akibat ditumbuk oleh lelaki tadi dan darahnya masih mengalir tanpa henti. Jadi saya pergi ke sekitar kawasan Raja Uda untuk mencari bantuan perubatan tetapi banyak klinik yang belum dibuka pada waktu itu. 

Setelah puas mencari, akhirnya saya mendapati ada sebuah klinik yang sudah mula beroperasi dan saya segera mendapatkan rawatan dari klinik berkenaan. Malangnya, mereka menyuruh saya pergi mendapatkan rawatan di klinik lain kerana apa yang berlaku pada saya adalah kes jenayah dan mereka akan menghadapi kesusahan jika memberi rawatan pada saya seperti terpaksa menyediakan laporan perubatan, pengesahan dan lain-lain. 

Saya terkedu, pihak klinik terbabit menolak untuk merawat saya yang berdarah teruk dan enggan memberikan rawatan segera?

Sedih, sudahlah hari ini hari upacara pengebumian bapa saudara saya, terkena pula insiden yang tidak diingini seperti ini menyebabkan saya tidak dapat menghadiri upacara tersebut. Saya kini sedang menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor, untuk imbasan X-Ray dan untuk menjahit luka saya. 

Saya rasa saya perlu berkongsi pengalaman yang memeritkan ini agar pemandu wanita yang lain berhati-hati jika memandu bersendirian serta penduduk yang tinggal di sekitar kawasan kejadian. 

Mohon orang awam yang menyaksikan kejadian itu dan mengenali penunggang motosikal terbabit menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Perda, Bukit Mertajam. - Cynthia Lim | PIXEL MEDIA

Mohon Bantu Like Jika Anda Suka Artikel Ini



Permatang Pauh : Gadis Cantik Di Cederakan Penunggang Motosikal Permatang Pauh : Gadis Cantik Di Cederakan Penunggang Motosikal Reviewed by Unknown on 08:16 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.