Berita Hari Ini : 8 Tan Kokain Di Temui.



POLIS Colombia merampas lapan tan kokain di sepanjang sempadan dengan Panama, dalam kes rampasan terbesar di negara itu. - Foto AFP BOGOTA: Polis Colombia merampas lapan tan kokain di sepanjang sempadan dengan Panama, dalam kes rampasan terbesar di negara itu beberapa tahun kebelakangan ini. Dadah itu dianggarkan bernilai AS$240 juta (RM969 juta) ditemui disembunyikan di bawah tanah ladang pisang di wilayah perbandaran Turbo di Antioquia. "Rampasan terbesar dalam sejarah. Tamparan kepada penjenayah," kata Presiden Juan Manuel Santos dalam Twitter. Setakat ini tiga dilaporkan ditahan dalam operasi itu. Menteri Pertahanan Colombia, Luis Carlos Villegas, berkata dadah berkenaan milik kumpulan jenayah Clan Usuga. Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM20 juta) kepada penangkapan ketua kumpulan itu. Colombia menghasilkan kira-kira 442 tan kokain setiap tahun, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pihak berkuasa negara itu merampas 252 tan narkotik sepanjang 2015. - REUTERS



Berita Hari Ini : 8 Tan Kokain Di Temui. Berita Hari Ini : 8 Tan Kokain Di Temui. Reviewed by Unknown on 18:41 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.