MELONJAK naik menerusi drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza mula mendapat perhatian peminat drama Melayu.
Namun aktres ini tidak lekang dari kontroversi yang melanda dirinya.
Sebelum ini, tersebar cerita Dayana mempertikaikan kredibiliti pendatang baharu, Hafidz Roshdi sebagai pelakon kayu dan kualiti lakonan yang tidak memuaskan.
Menurut sumber, pelakon berusia 25 tahun ini dikatakan berkunjung ke sebuah kelab malam di ibu kota malah turut dilihat menghisap rokok dan menari tanpa menyedari dirinya menjadi perhatian pengunjung pusat hiburan itu.
Menurut Dayana kepada sumber itu, dia mengambil inisiatif untuk berdiam diri kerana takut menjejaskan kerjayanya dan beranggapan perkara itu adalah hak peribadinya.
“Saya memahami kerana masyarakat akan mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu biarpun baik mahupun buruk.
“Maksud saya mengenai hak peribadi itu adalah apabila sesetengah perkara saya boleh kongsikan dengan peminat.
“Bagaimanapun, selebihnya dijadikan hak privasi terutama berkaitan soal cinta mahupun perkara peribadi,” katanya.
Jelas Dayana lagi, sepanjang hampir tujuh tahun berada di dalam industri tanah air, ini adalah kali pertama dia dipalitkan dengan kontroversi sebegini.
Sebelum ini, kisah cintanya yang menjadi perhatian tetapi berbeza pula sekarang sejak mula dikenali ramai.
Namun begitu Dayana berharap, masyarakat diluar tidak menyamakan dirinya dengan watak yang dibawa.
Sebagai pelakon adalah menjadi tugasnya untuk menjayakan setiap watak yang diberikan mengikut kesesuaian dan kehendak pengarah. – MYNEWSHUB.CC
Artis Baru : Dayana Roza "SIlent" Isu Berparti Di Kelab
Reviewed by Unknown
on
07:07
Rating:
No comments: