PADAH PEMBEDAHAN PLASTIK!! 6 FOTO TERBARU DAYANA ROZA YANG SANGAT MENGERIKAN.DAH CANTIK NAK CANTIK LAGI...NI LA JADINYA
#Dayana Roza nafi bedah wajah untuk mirip seperti Scha Alyahya – Sumber gambar dari Roti Kaya
#Tujuh tahun menghambakan diri dalam bidang lakonan, tidak pernah mengeluh dan mempersoalkan rezeki yang diperoleh, sebaliknya dia terus berusaha untuk mengukukuh nama dalam lembaran seni tanah air.
#Tiada langsung berkecil hati atau merajuk, namun pelakon Asam Pedas Untuk Dia ini mengakui dirinya kini semakin berjaga-jaga apabila keluar dari rumah kerana sedar, namanya kian menjadi sebutan ramai.
#Apatah lagi, tercalon buat pertama kalinya dalam kategori Aktres Pilihan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini juga menjadikan dirinya semakin kebal dalam menongkah kontroversi-kontroversi yang hinggap di jendela seninya
#Biarpun tewas di tangan pendatang baharu, Janna Nick, pelakon Zombi Kilang Biskut ini tidak sekali mempertikai malah mengakui setiap calon punya peminat dan kelebihan masing-maDikata cuba meniru perwatakan serta gaya Scha Alyahya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini tenang menjawab satu-persatu persoalan yang timbul biarpun jelas tegas di matanya, dia tidak mahu disamakan dengan isteri kepada Awal Ashaari iBersua bicara dengan gadis cantik berusia 25 tahun ini, Hits cuba mengorek rahsia benarkah dakwaan sesetengah pihak yang dirinya cuba meniru pelakon Awan Dania tersebut.
#Hits: Hi! Dayana, boleh kongsikan sedikit perkembangan sekarang?
#Dayana: Sekarang saya sibuk menjalani penggambaran drama 30 episod untuk stesen RTM sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sejak Januari lepas sehingga April ini, saya akan menumpukan seluruh fokus kepada drama Satu Cinta ini.
#Adakah ini bermaksud Dayana menolak tawaran-tawaran lain kerana drama ini? Berat sangat ke watak tersebut?
#Saya membawa watak Umairah yang hidupnya cukup malang, jadi banyak adegan yang memerlukan tangisan serta penghayatan emosi yang mendalam. Sebab itu, saya lebih suka memberi fokus kepada satu-satu projek. Tak mahu pening kepala.
#Sering diberi watak perempuan baik yang malang dan sedih, pernah atau tidak terlintas untuk bawa watak antagonis yang lebih mencabar.
%Sebenarnya, watak antagonis adalah karakter yang saya idam-idamkan. Dalam drama Memori Cinta Suraya, saya berpeluang membawakan karakter jahat biarpun sedikit sahaja adegannya, tapi puas.
#Tidak menolak watak-watak baik, itu semua rezeki tapi kalau diberi peluang, saya nak bawa watak yang berbeza. Nanti bila orang dah bosan tengok Dayana Roza jadi baik, mungkin saya boleh beralih ke watak antagonis pula.
#Tujuh tahun mencuba nasib dan akhirnya peminat sudah mula menyedari bakat Dayana. Apa perubahan yang paling ketara?
#Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bila orang sudah mula kenal saya, pengorbanan serta usaha selama tujuh tahun dalam industri membuahkan hasil. Tidak sia-sialah saya bertungkus lumus.
#Tapi bila dah ada peminat, setiap kali keluar saya mula berhati-hati. Kadang-kadang, keluar tidak bersiap pun orang kenal. Jadi, saya perlu jaga tingkah laku dan tata tertib supaya tidak dibenci peminat. Saya kan lasak!
#Bila sebut pasal lasak, Dayana sering dikatakan seiras dengan Scha Alyahya yang juga mempunyai karakter yang hampir serupa malah wajah pun sama.
#Bagi saya itu bukan masalah besar pun, banyak artis yang mempunyai iras-iras wajah dengan selebriti lain. Saya tak pernah buat pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan sama dengan Scha. Lagipun, saya memang kasar sejak kecil.
#Jadi, Dayana menafikan dakwaan yang Dayana cuba meniru Scha?
#Saya tidak pernah cuba meniru siapa-siapa. Mungkin di mata orang ramai, ada iras-iras Scha tapi sebenarnya, saya tak nampak persamaannya. Sejak dulu pun orang dah cakap, tapi itulah saya tak nampak apa yang seirasnya kami.
#Beralih ke soalan yang lebih panas, apa status Dayana Roza sekarang?
#Alamak, boleh lari tak daripada menjawab soalan itu? Ya, saya sedang berkenalan dengan seseorang. Dia bukan artis, bukan siapa-siapa. Saya tidak mahu terlalu bercerita tentang jodoh.
#Nanti kalau asyik canang sana-sini, sekali tak jadi apa-apa, malu sahaja. Bagi saya, kalau ada jodoh adalah.
#Jadi Dayana sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga? Bila agak-agaknya?
#Siapa yang tidak mahu berkahwin, lagi-lagi saya memang nak anak ramai. Dulu pernah meletakkan sasaran usia 24 atau 25 tahun untuk mendirikan rumah tangga tapi nampaknya di usia ini, bayang pelamin pun tak nampak.
#Jadi, saya teruskan usaha untuk berjaya dalam hidup. Nanti baru fikir pasal kahwin.
#Dayana tidak sorok tentang kekasih?
#Buat apa nak sorok, saya tidak mahu peminat berasa tertipu apabila ternampak kelibat kami di khalayak ramai tapi dalam pada masa yang sama, saya mengaku masih lagi solo.
%Saya lebih suka untuk mendiamkan diri dan memilih untuk tidak mendedahkan dia kepada media.
PADAH PEMBEDAHAN PLASTIK!! 6 FOTO TERBARU DAYANA ROZA YANG SANGAT MENGERIKAN.DAH CANTIK NAK CANTIK LAGI...NI LA JADINYA
Reviewed by Unknown
on
23:14
Rating:
No comments: